Kg Baharu, Jerantut, Pahang
Masjid Al-Uthmani Kg Baharu merupakan satu-satunya masjid di Kampung Baharu, Jerantut. Terletak 12 km dari bandar Jerantut, masjid ini dibina pada tahun 1964 di atas tanah sumbangan wakaf keluarga Hj Osman.
Masjid Al-Uthmani merupakan sebuah masjid berdaftar di bawah Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) dengan nombor pendaftaran MM-JRT 027.
Sehingga Januari 2023, jumlah kariah di masjid ini ialah 206 keluarga. Masjid ini mampu memuatkan jemaah seramai 360 orang, namun ia akan meningkat sehingga 400 untuk jemaah Solat Jumaat kerana tambahan jemaah dari Sekolah Tahfiz berdekatan.